Home Luar Negara ISRAEL RANCANG MEMUSNAHKAN SAKI-BAKI RANGKAIAN TEROWONG HAMAS

ISRAEL RANCANG MEMUSNAHKAN SAKI-BAKI RANGKAIAN TEROWONG HAMAS

316
0

BAITULMAQDIS: Israel semalam merancang untuk memusnahkan saki-baki rangkaian terowong Hamas di bawah Gaza dengan kelulusan Amerika Syarikat (AS) selepas semua tebusannya dibebaskan.

Memetik laporan AFP menerusi Harian Metro, Menteri Pertahanan, Israel Katz berkata, operasi itu akan dijalankan di bawah ‘mekanisme antarabangsa’ yang diketuai AS, penaja kepada gencatan senjata di Gaza yang sudah memasuki hari ketiga.

“Cabaran besar Israel selepas fasa pembebasan tebusan adalah pemusnahan semua terowong pengganas Hamas di Gaza.

“Saya sudah mengarahkan pihak tentera untuk bersiap sedia bagi melaksanakan misi ini,” kata Katz dalam satu kenyataan.

Kumpulan pejuang Palestin, Hamas mengendalikan satu rangkaian terowong di bawah Gaza yang membolehkan pejuangnya bergerak tanpa dapat dilihat oleh pasukan peninjau Israel.

Sebahagian daripadanya dibina melepasi bawah pagar sempadan ke Israel sekali gus membolehkan serangan hendap dilakukan.

Kebanyakannya sudah dimusnahkan sepanjang perang dua tahun yang dicetuskan oleh serangan rentas sempadan kumpulan itu ke atas Israel pada 7 Oktober 2023.

Katz berkata, baki terowong itu akan dimusnahkan di bawah kerangka pelucutan senjata dan demiliterisasi Hamas seperti yang dijangkakan dalam peringkat seterusnya pelan gencatan senjata tajaan AS.

Hamas sudah bersetuju dengan peringkat pertama pelan itu yang membawa kepada gencatan senjata pada Jumaat, dan dijangka menyaksikan pembebasan 48 tebusan Israel, sama ada yang masih hidup atau sudah meninggal dunia, pada Isnin.

Sebagai pertukaran, Israel dijangka membebaskan 250 ‘tahanan keselamatan negara’ termasuk beberapa orang yang didakwa terbabit dalam serangan maut dan 1,700 warga Gaza yang ditahan oleh tentera.

Bagaimanapun, Hamas menolak gesaan untuk melucutkan senjata dan pegawai kanannya, Hossam Badran memberitahu AFP pada Ahad bahawa fasa kedua pelan AS itu ‘mengandungi banyak kerumitan dan kesukaran’. – AFP, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here