Home Sukan WOODS SELAMAT JALANI PEMBEDAHAN LAGI

WOODS SELAMAT JALANI PEMBEDAHAN LAGI

356
0

MIAMI: Tiger Woods menjalani pembedahan penggantian cakera di tulang belakang selepas mengalami kesakitan dan kekurangan pergerakan, umum juara golf 15 kali kejohanan utama itu, hari ini.

Memetik laporan AFP menerusi Harian Metro, Woods berkata pembedahan itu dijalankan dengan jayanya pada Jumaat lalu di New York oleh pakar bedah tulang belakang terkenal, Dr Sheeraz Qureshi.

“Selepas mengalami kesakitan dan pergerakan terhad pada bahagian belakang, saya berunding dengan beberapa doktor dan pakar bedah untuk menjalani pemeriksaan.

“Hasil imbasan menunjukkan saya mengalami masalah di cakera L4/L5, serpihan cakera dan saluran tulang belakang yang terjejas.

“Saya memilih untuk menjalani penggantian cakera semalam dan saya sudah tahu ia keputusan terbaik untuk kesihatan serta belakang saya,” kata Woods dalam satu kenyataan.

Tiada tempoh masa ditetapkan mengenai bila Woods akan kembali beraksi secara kompetitif selepas pembedahan terbaharunya itu, satu daripada beberapa siri pembedahan dan kecederaan yang mengekangnya daripada beraksi sejak Terbuka British tahun lalu.

Woods sebelum ini mengalami kecederaan parah pada kaki dalam kemalangan kereta pada tahun 2021 tetapi berjaya membuat kemunculan semula di Masters 2022 dan menamatkan saingan di tempat ke-47.

Bintang Amerika itu, yang akan berusia 50 tahun pada Disember ini, juga menjalani pembedahan belakang pada September lalu.

Ketika dalam proses pemulihan, dia mengumumkan pada Mac lalu bahawa dirinya mengalami kecederaan tendon Achilles yang koyak. – AFP, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here