Home Buletin Semasa MOTAC KOMITED PERKETAT PEMANTAUAN DAN PEMATUHAN SOP ACARA

MOTAC KOMITED PERKETAT PEMANTAUAN DAN PEMATUHAN SOP ACARA

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) komited memperketat pemantauan serta memastikan pematuhan penuh terhadap garis panduan dan etika penganjuran acara di bawah seliaannya.

Dalam satu kenyataan semalam, MOTAC menegaskan komitmen itu susulan teguran yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penganjuran majlis makan malam yang tular baru-baru ini.

Menurut kementerian itu, MOTAC amat mengesali sebarang kekeliruan atau salah faham yang timbul sehingga menimbulkan ketidakselesaan dalam kalangan rakyat.

“Kementerian mengambil iktibar daripada perkara ini dan akan memastikan agar perkara seumpama ini tidak berulang. Setiap pelaksanaan program selepas ini akan mematuhi garis panduan dan etika yang telah ditetapkan,” kata kenyataan itu.

MOTAC turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri atas nasihat serta teguran membina, selain sokongan berterusan dalam usaha memperkasa industri pelancongan, seni dan budaya negara.

Kementerian itu menegaskan komitmen untuk terus memperkukuh serta melaksanakan penambahbaikan berterusan demi kepentingan rakyat dan negara.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here