Home Buletin Semasa KPM BATAL KEJOHANAN RAGBI, HORMATI KELUARGA MANGSA MENINGGAL DUNIA

KPM BATAL KEJOHANAN RAGBI, HORMATI KELUARGA MANGSA MENINGGAL DUNIA

453
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

PERAK: Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan bahawa Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Peringkat Kebangsaan 2025 yang sedang berlangsung di Ipoh dibatalkan bagi menghormati pemergian seorang murid yang meninggal dunia secara mengejut, semalam.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini, KPM turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan memaklumkan bahawa kejohanan itu akan dijadualkan semula ke satu tarikh baharu.

“Allahyarham rebah ketika perlawanan dan telah menerima rawatan awal daripada pasukan perubatan sebelum dibawa ke hospital, namun dia disahkan meninggal dunia,” menurut kenyataan itu.

KPM turut mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here