Home Hiburan SAYA BARU TAHU AWAK KENA ‘DRIP’ AIR RUPANYA – NADZMI ADHWA

SAYA BARU TAHU AWAK KENA ‘DRIP’ AIR RUPANYA – NADZMI ADHWA

KUALA LUMPUR: Pelakon Nadzmi Adhwa simpati terhadap isteri, Ardell Aryana yang sedang sakit dan terpaksa menjalani proses memasukkan air dalam badan.

Memetik laporan Berita Harian, Ardell sedang mengikuti misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) iaitu usaha kemanusiaan antarabangsa bertujuan memecahkan sekatan laut Israel ke atas Gaza dan menyampaikan bantuan.

Ardell menaiki kapal Inana, iaitu antara kapal paling kecil dan sedang berusaha memasuki perairan Gaza untuk menyampaikan bantuan.

“Saya baru tahu awak kena ‘drip’ air rupanya. Tidak bagitau kami sebab tidak mahu susahkan hati kami di sini… Kuat bertahan iya. Sudah kurus awak,” tulis Adhwa menerusi hantaran dalam media sosialnya.

Adhwa berkata, berita mengenai keadaan kesihatan Ardell dimaklumkan seorang aktivis, Ilyia Balqis yang bersama dalam misi berkenaan.

“Tidak dapat ‘contact’ dua hari, baru dapat hari ini. Alhamdulillah! Ujian hebat tapi semangat juang awak memang luar biasa,” katanya.

Adhwa mendoakan agar isterinya diberi kekuatan berdepan ujian hebat ini. Tidak lupa, dia memohon doa agar semua team Global Sumud Flotilla untuk terus mengharungi semua dugaan dan cabaran.

“Insya-Allah, kami di sini sentiasa mendoakan kalian semua yang di sana. Semoga Allah reda dengan usaha semua! Free Free (bebaskan) Palestine!” tulisnya.

Selain Ardell, GSF turut disertai ramai aktivis lain antaranya pengamal media Zainal Rashid Ahmad, personaliti media sosial, Farah Lee dan Zizi Kirana. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here