Home Buletin Semasa RUMAH MUSNAH 60 PERATUS DALAM KEBAKARAN DI BACHOK

RUMAH MUSNAH 60 PERATUS DALAM KEBAKARAN DI BACHOK

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

BACHOK: Sebuah rumah separuh kekal dua pintu musnah kira-kira 60 peratus dalam kejadian kebakaran berdekatan Masjid Damar, Kampung Pagar Raja di sini, petang tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) I KUP Ibrahim Mohd Rohni, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui Sistem MERS 999 pada jam 3.54 petang sebelum menghantar pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bachok dan BBP Pengkalan Chepa ke lokasi kejadian.

“Jentera bomba tiba di lokasi pada jam 4.03 petang dan mendapati benar berlaku kebakaran membabitkan rumah dua pintu jenis separuh kekal berkeluasan 30 x 20 kaki persegi dengan anggaran kemusnahan 60 peratus.

“Bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya operasi pemadaman membabitkan seramai 13 anggota dengan kekuatan dua jentera FRT dan sebuah tangki air.


IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here