Home Buletin Semasa 701 PREMIS DI SABAH SEDIAKAN PERKIDMATAN MYSARA

701 PREMIS DI SABAH SEDIAKAN PERKIDMATAN MYSARA

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

SABAH: Sebanyak 701 premis di Sabah termasuk 154 di Kota Kinabalu diwujudkan bagi pelaksanaan perkhidmatan Sumbangan Asas Rahmah (MySARA) bagi membantu rakyat menghadapi kos sara hidup masa kini.

Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Dr. Fuziah Salleh berkata, setakat ini tiada sebarang kenaikan harga terhadap barangan MySARA malah bekalan barangan sentiasa mencukupi bagi keperluan rakyat di Sabah.

“Kita melaksanakan pemeriksaan berkala dan advokasi di beberapa premis perniagaan untuk memastikan mereka mematuhi garis panduan pelaksanaan serta undang-undang di bawah bidang kuasa KPDN.

“Langkah ini penting bagi menjamin rakyat, khususnya golongan B40 menerima manfaat penuh sekali gus mengelakkan sebarang bentuk penyelewengan,” katanya menerusi satu kenyataan, pada Sabtu.

Beliau berkata, sekiranya berlaku kenaikan harga barangan keperluan pengguna terutamanya barangan asas, KPDN akan mengeluarkan notis di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Jelasnya, kerajaan komited mempertingkatkan usaha pemantauan
dan penguatkuasaan bagi memastikan integriti pasaran terjamin, harga barang kekal terkawal, serta hak pengguna sentiasa dilindungi.

Katanya, bantuan tersebut boleh digunakan mulai 31 Ogos hingga 31 Disember tahun ini melalui MyKad di premis terpilih termasuk kedai runcit dan pasar raya seluruh negara.

Bantuan RM100 itu disalurkan secara sekali beri kepada semua warganegara berusia 18 tahun ke atas.

KPDN turut menggesa orang ramai agar menyalurkan maklumat berkaitan aduan melalui talian Whatsapp KPDN (019 8488000), Portal e-Aduan KPDN http:/leaduan.kpdn.gov.mx:, Call Centre 1-800-886-800, dan Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here