Home Sukan JUN HAO ‘SMASH’ GINTING

JUN HAO ‘SMASH’ GINTING

231
0

KUALA LUMPUR: Sabar. Itu azimat digunakan pemain perseorangan lelaki nombor satu negara, Leong Jun Hao ketika melakar kejutan menumbangkan jaguh Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting di pusingan pertama Masters China, hari ini.

Memetik laporan menerusi Berita Harian Jun Hao sekali lagi tampil dengan persembahan terpuji apabila menewaskan bekas pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik itu 21-19, 5-21, 21-10 dalam tempoh hampir sejam.

“Hari ini saya bermain dengan lebih sabar. Bukan senang melawannya, apatah lagi dalam keadaan gelanggang yang berangin. Ia lebih sukar kerana dia lebih berpengalaman dan pandai untuk ‘mencuri’ mata.

“Jadi, saya rasa saya berjaya bertahan dengan lebih baik dan kekal sabar,” katanya selepas perlawanan kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Mengulas mengenai kekalahan besar 5-21 pada set kedua, Jun Hao mengakui ia adalah sebahagian daripada strategi untuk menyimpan tenaga selepas ketinggalan jauh.

“Apabila dia sudah mendahului jauh pada set kedua, lebih baik untuk saya melepaskan set itu dan memberikan fokus sepenuhnya pada set ketiga,” katanya.

Kemenangan itu yang kedua berturut-turut Jun Hao ke atas Ginting, sekali gus menyamakan rekod pertemuan 2-2.

Menantinya di pusingan kedua esok pemain China, Li Shi Feng, lawan yang menyingkirkannya pada suku akhir Terbuka Hong Kong minggu lalu. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here