Home Buletin Semasa LELAKI PAKAI KOSTUM KARTUN DISYAKI AMANG SEKSUAL KANAK-KANAK DI TAMAN PERMAINAN

LELAKI PAKAI KOSTUM KARTUN DISYAKI AMANG SEKSUAL KANAK-KANAK DI TAMAN PERMAINAN

188
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

BACHOK: Seorang lelaki berpakaian kostum kartun ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kes amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di kawasan taman permainan Pantai Irama, di sini, Khamis lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintenden Mohd Azrie Sulaiman dalam kenyataan memaklumkan lelaki berusia 36 tahun itu dilaporkan memeluk, mencium dan menyentuh mangsa kira-kira jam 6.20 petang.

“Kejadian tersebut turut dirakam oleh seorang orang awam yang berada di lokasi berkenaan.

“Mangsa dibawa ke hospital untuk pemeriksaan perubatan, bagaimanapun tiada kecederaan fizikal berlaku,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Katanya polis turut mendapati suspek tersebut positif dadah jenis Methamphetamine selain turut mempunyai beberapa rekod jenayah lampau.

Beliau berkata suspek direman selama tujuh hari bermula Jumaat lalu hingga Khamis depan bagi tujuan siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Polis mengingatkan orang ramai agar sentiasa memantau pergerakan anak-anak di kawasan awam serta menyalurkan maklumat sekiranya terlihat sebarang perlakuan mencurigakan,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here