Home Buletin Semasa OPS SAPU: 63 PATI DITAHAN DI BINTULU

OPS SAPU: 63 PATI DITAHAN DI BINTULU

259
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

BINTULU: Seramai 63 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Ops Sapu yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak dengan bantuan Unit Penguatkuasa Imigresen Bintulu.

Dalam kenyataan JIM semalam memaklumkan operasi berkenaan membabitkan seramai 34 anggota penguat kuasa serta 80 individu diperiksa di beberapa lokasi di sekitar bandar Bintulu.

“Hasil pemeriksaan, pihak kami menahan seramai 63 individu, terdiri daripada 42 lelaki dan 21 wanita.

“Kesemua mereka ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, termasuk tinggal lebih masa dan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah,”menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan JIM, tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang imigresen negara.

“Operasi seumpama ini juga akan diperhebat dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan serta kedaulatan negara sentiasa terpelihara,”jelas kenyataan itu.

Dalam pada itu, orang ramai khususnya majikan diingatkan agar tidak melindungi atau menggaji warga asing yang tidak mempunyai pas atau permit kerja sah. JIM menegaskan majikan yang ingkar boleh dikenakan tindakan undang-undang.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here