Home Buletin Semasa KONTINJEN IMEDIKEL SEMARAKKAN RAPTAI HARI KEBANGSAAN 2025

KONTINJEN IMEDIKEL SEMARAKKAN RAPTAI HARI KEBANGSAAN 2025

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Kontinjen IMedikel turut melakar penyertaan dalam raptai perbarisan Hari Kebangsaan 2025 yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, hari ini.

Presiden IMedikel, Yusmat Mamat, berkata penyertaan kontinjen IMedikel itu menzahirkan semangat patriotisme warga syarikat dalam meraikan ulang tahun kemerdekaan negara ke-68.

“Seramai lebih 30 warga IMedikel hadir menyertai raptai tersebut dengan berpakaian seragam khas dan bendera korporat sebagai simbol kebersamaan.

“Penglibatan itu bukan sahaja memperlihatkan sokongan terhadap program kebangsaan, malah mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan kakitangan IMedikel,”katanya.

Katanya penyertaan tersebut sekali gus mencerminkan komitmen IMedikel dalam mendukung program kenegaraan serta memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat.

“Berpakaian seragam rasmi dengan membawa panji IMedikel, kontinjen berbaris penuh disiplin bersama agensi kerajaan, swasta serta institusi lain yang mengambil bahagian,”katanya.

Sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Kelantan dijadualkan berlangsung pada 30 Ogos ini di Stadium Sultan Muhammad IV dengan penglibatan pelbagai agensi dan organisasi.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here