Home Hiburan LUCU, ZARA ZYA DISANGKA PAKAI SUSUK DI GIGI

LUCU, ZARA ZYA DISANGKA PAKAI SUSUK DI GIGI

KUALA LUMPUR: Pelakon Zara Zya, 39, berasa lucu apabila dia disangka memakai susuk di gigi oleh doktor ketika ingin membuat rawatan gigi beberapa bulan lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin berkata, ia terjadi selepas dia membuat imbasan x-ray pada bahagian gigi dan kelihatan pin atau kilp daripada prosedur pembedahan dulu.

“Saya pernah buat pembedahan dari pipi hingga leher kerana mengalami sakit kelenjar beberapa tahun lalu. Daripada prosedur pembedahan itu, ada ditanam beberapa pin atau klip di bahagian gigi.

“Jadi, sewaktu saya ingin membuat rawatan di kinik gigi beberapa bulan lalu, memang doktor ada bertanya saya sama ada pernah pakai susuk? Ia susulan beberapa pin atau klip yang kelihatan di x-ray itu.

“Mana ada pakai susuk. Sekarang ini kan dah maju, mana jahit-jahit dah (selepas pembedahan). Dalam perubatan kini, ada juga jahit-jahit itu tetapi sekarang lebih ‘advance’, guna pin atau klip saja,” katanya.

Menurut Zara, apa yang lebih membuat dia terhibur apabila klinik itu pada mulanya memasang lagu Sheila On 7, tiba-tiba bertukar kepada alunan zikir.

“Memang kelakar juga bila ada orang yang terfikir dan boleh percaya saya pakai susuk di gigi. Lawa sangat ke gigi saya ini? Tak pernah dibuat orang pakai susuk dekat gigi,” katanya.

Ditanya mengenai keadaan kesihatannya, Zara berkata sejak beberapa tahun lalu dia memang berhadapan masalah kesihatan yang tidak menentu sekali gus memerlukannya dirawat di hospital.

Katanya, tahun lalu juga dia sudah menjalani pembedahan membuang beberapa ketumbuhan dan kini mengharapkan keadaan kesihatannya kembali pulih untuk aktif berlakon.

Mengenai drama terbaharu lakonannya, Zara memaklumkan dia kini kembali bekerja secara berperingkat dan bersyukur dapat peluang membintangi drama Bukan Pilihan Hati untuk slot Akasia TV3.

Melakonkan watak antagonis dalam drama itu, Zara berkata, dia berusaha memberikan lakonan terbaik berikutan gandingan ibu mentuanya ialah pelakon, Liza Abdullah yang berpengalaman. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here