Home Sukan PSG SAMBAR PENJAGA GOL PERANCIS, CHEVALIER DARI LILLE

PSG SAMBAR PENJAGA GOL PERANCIS, CHEVALIER DARI LILLE

404
0

PARIS: Memetik laporan REUTERS menerusi Berita Harian Paris Saint-Germain (PSG) mengikat penjaga gol Perancis, Lucas Chevalier dari kelab Ligue 1, Lille dengan kontrak hingga tahun 2030, umum juara Eropah itu malam tadi.

Media melaporkan Chevalier berpindah ke PSG dengan yuran sekitar 40 juta euro (RM197 juta) dan pemain berusia 23 tahun itu dijangka menggantikan Gianluigi Donnarumma, yang berbaki setahun kontrak sebagai penjaga gol utama dalam pasukan bimbingan Luis Enrique.

“Saya seorang budak yang sedang mengejar impian. Sejak kecil lagi saya mahu bermain di tahap tertinggi,” kata Chevalier dalam satu kenyataan.

“Saya benar-benar gembira berada di sini. Saya akan memakai jersi ini dengan penuh semangat dan cita-cita.”

Chevalier yang dilahirkan di Calais merupakan produk akademi remaja Lille dan pernah dipinjamkan ke Valenciennes sebelum menjadi penjaga gol utama kelab itu pada musim 2022-23.

Dia dinobat sebagai penjaga gol terbaik Ligue 1 musim 2024-25 oleh Kesatuan Pemain Bolasepak Profesional Perancis (UNFP).

“Lucas adalah salah seorang penjaga gol terkemuka di Perancis dan Eropah, merupakan tambahan hebat kepada pasukan kami selaras dengan usaha membina pasukan jangka panjang berasaskan kekuatan kolektif,” kata Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi.

Juara Ligue 1 dan Liga Juara-Juara itu akan menentang Tottenham Hotspur pada aksi Piala Super UEFA awal pagi Khamis ini. – REUTERS, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here