Home Buletin Semasa PGA RAMPAS DAUN KETUM BERNILAI LEBIH RM7,000

PGA RAMPAS DAUN KETUM BERNILAI LEBIH RM7,000

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

TANAH MERAH: Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) menumpaskan cubaan pengedaran daun ketum membabitkan jumlah lebih RM7,000 selepas membuat pemeriksaan pada sebuah kenderaan di Kampung Bechah Butir Nangka, di sini, 28 Julai lalu.

Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, serbuan itu dibuat pada jam 9 pagi menerusi Op Taring Wawasan.

“Hasil pemeriksaan mendapati 19 bungkus plastik hitam mengandungi 190kilogram (kg) daun ketum dalam kenderaan tersebut.

“Anggaran nilai rampasan mencecah RM7,600 dan semua barangan itu diserahkan kepada Ibu Pejabat Daerah (IPD) Tanah Merah untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here