Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
PASIR MAS: Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 14 ekor kambing bernilai RM10,500 selepas menahan sebuah kenderaan mencurigakan ketika menjalankan Op Taring Wawasan di Chabang Empat Tendong, di sini pada jam 7 petang semalam.
Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, haiwan itu dibawa oleh seorang lelaki berusia 41 tahun untuk masuk ke pasaran tempatan.
“Hasil pemeriksaan terhadap kenderaan itu mendapati 14 ekor kambing berada di belakang kenderaan.
“Pemandu kenderaan gagal menunjukkan dokumen sah berkaitan haiwan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata semua haiwan diserahkan kepada Jabatan Veterinar Kelantan untuk disiasat.
Kes disiasat di bawah Seksyen 36 (1) Akta Binatang 1953.
Imedikel TV






