Home Buletin Semasa PENIAGA SANTAN TIDAK MENGAKU BERSALAH ROGOL ADIK IPAR

PENIAGA SANTAN TIDAK MENGAKU BERSALAH ROGOL ADIK IPAR

246
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Seorang peniaga santan dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merogol adik ipar berusia 19 tahun, 18 Januari lalu.

Tertuduh yang juga warga emas berusia 64 tahun bagaimanapun tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol adik iparnya di dalam bilik sebuah rumah di Kampung Kubang Golok Perupok, Bachok pada jam 3 petang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada lapan tahun dan tidak lebih daripada 30 tahun dan hendaklah juga dikenakan sebat tidak kurang dari 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mazlan manakala tertuduh diwakili peguam Ahmad Nurie Abd Rahman.

Ahmad Nurie memohon mahkamah membenarkan jaminan kerana anak guamnya merupakan penanggung tunggal keluarganya yang perlu menanggung dua isteri dan lima anak.

“Saya percaya anak guam saya dapat mematuhi semua syarat yang dikenakan oleh mahkamah,” katanya.

Siti Hajar bagaimanapun membantah tertuduh diberikan jaminan kerana kes berkenaan serius dan mangsa pula tinggal bersama isteri kedua dan ibu mertua tertuduh.

Hakim kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa.

Tarikh sebutan semula kes 26 Ogos depan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here