Home Luar Negara ISRAEL TARIK BALIK VISA PEGAWAI TERTINGGI PBB SELEPAS BUAT KENYATAAN BERKAITAN GAZA

ISRAEL TARIK BALIK VISA PEGAWAI TERTINGGI PBB SELEPAS BUAT KENYATAAN BERKAITAN GAZA

BAITULMAQDIS: Menteri Luar Israel, Gideon Saar, mengarahkan penarikan balik permit kediaman seorang pegawai kanan kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dengan mendakwa individu berkenaan menyebarkan pembohongan mengenai perang di Gaza.

“Saya sudah mengarahkan supaya permit kediaman Ketua Pejabat OCHA (Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB) di Israel, Jonathan Whittall, tidak disambung,” kata Saar menerusi platform X.

Memetik laporan AFP menerusi Berita Harian, Whittall, seorang warganegara Afrika Selatan yang menetap di Baitulmaqdis dan kerap melakukan lawatan ke Semenanjung Gaza, berulang kali mengutuk keadaan kemanusiaan yang dihadapi oleh lebih dua juta penduduk di wilayah Palestin itu.

“Pada April lalu, beliau menyatakan bahawa penduduk Gaza sedang ‘perlahan-lahan mati’ akibat kesan daripada tindakan ketenteraan Israel terhadap pejuang Hamas.

Keputusan Saar itu, yang menurutnya dibuat susulan ‘tindakan berat sebelah dan bermusuhan terhadap Israel sehingga memesongkan realiti’ serta melanggar prinsip berkecuali PBB, adalah yang terbaharu dalam siri tindakan terhadap pegawai kanan pertubuhan antarabangsa itu.

Sejak perang bermula pada Oktober 2023, Israel menyukarkan proses mendapatkan visa bagi petugas OCHA, Pejabat Hak Asasi Manusia PBB (OHCHR), dan Agensi PBB bagi Pelarian Palestin (UNRWA).-AFP, BH Online-

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here