Home Sukan KRW TAMPIL TIGA PEMAIN IMPORT

KRW TAMPIL TIGA PEMAIN IMPORT

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Kelantan Red Warriors (KRW) tampil dengan gabungan pengalaman dan bakat baharu apabila memperkenalkan tiga pemain import bagi menghadapi saingan Liga A1 Semi-Pro musim ini.

Otis Khan, bekas graduan Akademi Manchester United serta dua lagi pemain import Emmanuel Mbarga dari Cameroon dan Kayden Soper dari Australia.

Tiga pemain import itu diumumkan dalam majlis pelancaran pemain dan jersi KRW musim 2025/2026.

Presiden KRW, Nik Hafiz Naim Nik Hassan berkata, KRW turut mempertaruhkan pemain berpengalaman seperti Norshahrul Idlan Talaha dan Faiz Nasir, yang akan membimbing barisan pemain muda berbakat dalam memperkukuh kekuatan pasukan.

“Saya sudah memaklumkan kepada Norshahrul Idlan untuk memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada pemain baharu.

“Walaupun dia kapten tidak semestinya dia akan bermain tapi dengan kehadiran dia sebagai pemain senior akan memberi semangat kepada mereka,” katanya dalam majlis memperkenalkan pemain dan jersi di Mydin Tunjung, pada Sabtu.

Tambahnya, persiapan pasukan kini sudah 90 peratus lengkap dan bersedia sebelum sepak mula liga bulan depan.

Dalam majlis sama, pasukan memperkenalkan jersi bercorak checkered berwarna merah sebagai jersi tuan rumah dan jersi berwarna putih bagi jersi tempat lawan tajaan Warrix, syarikat pengeluar pakaian sukan Thailand.

“Kami berbesar hati kerana Warrix adalah penaja kami dan mengharapkan supaya rakyat Kelantan terus menyokong Warrix sebagai penaja,” katanya.

Ketua jurulatih, Irfan Bakti berkata KRW akan menentang Selangor II, 4 Ogos depan.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here