Home Buletin Semasa PGA RAMPAS ROKOK ELEKTRONIK BERNILAI RM8.8 JUTA

PGA RAMPAS ROKOK ELEKTRONIK BERNILAI RM8.8 JUTA

405
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

PASIR MAS: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 57,780 unit peranti rokok elektronik pelbagai perisa bernilai RM8.8 juta dalam sebuah lori di Kampung Gelang Mas, petang semalam.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, rampasan dibuat oleh Batalion 7 PGA ketika Op Taring Wawasan dijalankan sekitar jam 2 petang.

“Semua rokok elektronik itu dibalut dengan kotak berplastik kuning dan diletakkan di dalam sebuah lori.

“Rokok itu disyaki tidak mematuhi standard Malaysia di bawah perintah Dagangan (Perakuan dan Penandaan Peranti Elektronik) dan perlu memiliki sijil dan cap MS SIRIM sebelum dibenarkan penjualan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelasnya, PGA turut menahan dua lelaki tempatan berusia lingkungan 22 hingga 40 tahun yang dipercayai menjadi penghantar barangan itu ke pasaran tempatan.

“Semua barangan rampasan diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan dalam Negeri (KPDN), Pasir Mas untuk tindakan selanjutnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4(2) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Peranti Elektronik) 2022 Akta Perihal Dagangan 2011.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here