Home Buletin Semasa 281 PREMIS DIPERIKSA DALAM OPS KESAN 4.0 KPDN

281 PREMIS DIPERIKSA DALAM OPS KESAN 4.0 KPDN

306
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Sebanyak 281 premis membabitkan 1,292 Unit Penyampaian Stok (SKU) diperiksa pasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan dan Kos Sara Hidup (KPDN) di seluruh negara, termasuk 12 premis membabitkan SKU bagi negeri Kelantan setakat 7 Julai.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata daripada jumlah tersebut sebanyak dua Notis Hadir di bawah Seksyen 21 Akta Harga Kawalan dan Anti Pencatutan (AKHAP 2011) yang membabitkan enam SKU dikeluarkan dan selesai dilaksanakan.

“Hasil perbincangan kedua-dua syarikat terbabit, mereka bersetuju untuk menangguhkan kenaikan harga serta mengekalkan harga sedia ada.

“Manakala, empat syarikat lain juga dikeluarkan Notis Hadir dan sedang dalam tindakan sesi libat urus,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di sidang media Sesi Libat Urus Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) Pindaan 2021 bersama Persatuan Peniaga Makanan Kelantan, di sini, hari ini.

Katanya setakat semalam, terdapat 16 aduan yang berkaitan dengan Ops Kesan 4.0 sudah diterima dan sedang disiasat.

“Sebanyak 16 aduan tersebut adalah membabitkan pelbagai pihak berkenaan kenaikan harga.

“Aduan itu termasuk daripada saluran rasmi KPDN dan melalui mesej tular, jadi kita akan mengambil tindakan susulan terhadap setiap aduan yang diterima,”katanya.

Beliau berkata sejajar dengan pelaksanaan semakan kadar Cukai Jualan dan peluasan skop Cukai Perkhidmatan (SST), Ops Kesan 4.0 dijalankan di seluruh negara bermula 1 Julai lalu.

“Pelaksanaan operasi di seluruh negara ini adalah untuk memastikan para peniaga tidak mengambil kesempatan dengan membuat pergerakan harga sama ada tanpa asas mahupun melakukan pencatutan dengan menggunakan SST sebagai alasan,”katanya.

Jelasnya, tindakan susukan penguatkuasaan dilaksanakan terhadap sebarang maklumat pergerakan harga barang dan caj perkhidmatan membabitkan penilitian kepada empat elemen.

“Empat elemen tersebut termasuk senarai barang dan bentuk perkhidmatan, senarai perniagaan dan syarikat berdaftar, tarikh pendaftaran dan pergerakan harga dan caj serta margin pergerakan dan pencatutan,”katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan setiap perniagaan dan syarikat untuk mengambil kira kesemua empat elemen penilaian berkenaan sebelum melakukan sebarang pergerakan harga dan caj.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here