Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
PASIR MAS: Sebuah rumah jenis kayu separa kekal musnah hampir 90 peratus dalam satu kejadian kebakaran di Lorong Kampung Siram, Kampung Chenerai, Alor Pasir, di sini, pagi tadi.
Pegawai Bomba Kanan (PBK) I, Fauzi Mat Husin, memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.10 pagi menerusi sistem MERS999 berkenaan kejadian itu.
“Seramai 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Mas dan BBP Rantau Panjang diarahkan ke lokasi dengan kekuatan dua jentera FRT, satu unit tangki air (WT) dan sebuah EMRS.
Beliau berkata setibanya di tempat kejadian, Komander Operasi bersama pasukan menjalankan penilaian awal dan mendapati kebakaran melibatkan rumah kediaman jenis sementara kekal (kelas C) berkeluasan kira-kira 30 x 50 kaki persegi.
Katanya kebakaran berjaya dikawal dalam masa yang pantas, namun hampir keseluruhan struktur rumah musnah dijilat api.
Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut.
IMedikel TV






