Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
PAHANG: Pasukan Gerakan Am (PGA) menumpaskan kegiatan pengedaran air ketum dalam satu serbuan menerusi Op Taring Mitra yang dijalankan di dua lokasi berasingan di Bandar Tun Abdul Razak, Jengka, di sini, pada Rabu.
Menurut kenyataan PGA hari ini, serbuan yang dijalankan sekitar jam 1.30 petang itu membabitkan sebuah pasar borong dan kawasan ladang kelapa sawit.
“Hasil pemeriksaan di lokasi membawa kepada penemuan 290 botol air ketum yang sudah diproses, dengan anggaran jumlah keseluruhan 435 liter, selain beberapa peralatan memproses ketum.
“Jumlah keseluruhan nilai rampasan dianggarkan RM35,700 dan kesemua barangan dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran untuk tindakan lanjut,”menurut kenyataan itu.
Dalam serbuan itu, seorang lelaki Melayu berumur 49 tahun turut ditahan dan kini sedang disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
IMedikel TV






