Home Segmen Kesihatan GULA MASIH TINGGI WALAU JAGA MAKAN? INI SILAP KECIL TAPI MEMBERI KESAN...

GULA MASIH TINGGI WALAU JAGA MAKAN? INI SILAP KECIL TAPI MEMBERI KESAN BESAR

428
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Ramai pesakit diabetes berasa kecewa apabila bacaan gula dalam darah kekal tinggi, walaupun mereka merasakan sudah menjaga pemakanan.

Namun begitu, menurut perkongsian Public Health Malaysia, terdapat beberapa kesilapan harian yang sering dilakukan tanpa disedari, kecil, tetapi memberi kesan besar terhadap kawalan gula darah.

Antaranya ialah pengambilan buah-buahan secara berlebihan. Walaupun buah dianggap sihat, kandungan gula semula jadi (fruktosa) dalam jumlah yang banyak atau dalam bentuk jus boleh menyebabkan lonjakan paras gula dalam darah.

Kesilapan lain yang sering berlaku ialah pengambilan kuah banjir seperti dal, kari dan kuah manis. Tanpa disedari, kuah-kuah ini sering ditambah gula dan tepung, dan apabila dimakan bersama nasi atau roti, kesannya terhadap gula darah boleh menjadi sangat besar.

Langkau waktu makan atau makan terlalu lewat juga boleh menjejaskan keseimbangan insulin dalam badan, seterusnya menyebabkan fenomena “rebound hyperglycemia”, iaitu bacaan gula yang naik mendadak selepas badan kekurangan gula terlalu lama.

Selain itu, kurang tidur dan tekanan hidup (stres) turut menyumbang kepada ketidakseimbangan hormon kortisol, yang mengganggu kawalan gula dalam darah.

Minuman seperti teh ais, sirap, dan milo ais, walaupun “kurang manis”, tetap mengandungi jumlah gula yang cukup untuk meningkatkan paras glukosa darah secara mendadak, terutamanya jika diambil berulang kali dalam sehari.

Kesimpulannya, kawalan gula darah bukan hanya tentang apa yang dimakan, tetapi juga bagaimana cara makan, waktu makan, serta gaya hidup secara keseluruhan.

Periksa semula rutin harian anda. Mungkin jawapan ada di situ. Kerana diabetes bukan tentang larangan, tetapi tentang kebijaksanaan.

Peringatan ini penting bukan hanya untuk pesakit kencing manis, tetapi juga kepada masyarakat umum dalam membina gaya hidup sihat yang lebih seimbang.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here