Home Luar Negara BAYI MAUT DITINGGALKAN BAPA DALAM TRAK LEBIH 3 JAM

BAYI MAUT DITINGGALKAN BAPA DALAM TRAK LEBIH 3 JAM

531
0

WASHINGTON: Seorang bapa di Amerika Syarikat (AS) ditahan selepas didakwa meninggalkan anak lelakinya berusia 18 bulan dalam kenderaan panas selama beberapa jam ketika dia pergi memotong rambut dan minum di sebuah bar.

Metro UK melaporkan, Scott Allen Gardner, 33, didakwa meninggalkan anaknya, Sebastian, di dalam traknya pada petang 6 Jun dan pergi minum di dalam Hanky Panky’s Lounge di Ormond Beach, Florida.

Menerusi hantaran pejabat syerif Volusia di Facebook (Fb), Sebastian dibiarkan tidak berdaya dalam trak panas selama lebih tiga jam.

Memetik laporan Agensi menerusi Harian Metro, suhu mencecah 33.3 darjah Celsius pada hari itu dan pemeriksa perubatan menganggarkan suhu badan Sebastian ialah 44 darjah Celsius.

Seorang pegawai dari Jabatan Polis Pantai Ormond cuba menyelamatkan Sebastian di tempat kejadian namun kanak-kanak itu meninggal dunia.

Pegawai yang sama menahan Gardner di rumah ibunya di Pantai Ormond pada Khamis.

Rakaman kamera badan menunjukkan timbalan syerif dan pegawai polis berjalan ke sebuah kediaman di kawasan perumahan.

Timbalan syerif membawa Gardner yang memakai baju-T biru dan seluar pendek, ke dalam tahanan tanpa sebarang insiden dan mengiringinya keluar dari halaman rumah.

“Sayang, saya sayang awak,” kata ibu Gardner, Jody Thereault yang didengari ketika timbalan syerif membawa lelaki itu pergi.

Gardner menjawab, “Sayang kamu semua!”

Lengan Gardner digari dan dia diletakkan di tempat duduk belakang.

Lelaki itu ‘memberi pelbagai akaun palsu’ mengenai apa yang berlaku, kata polis.

Gardner, dari South Daytona, berdepan pertuduhan membunuh dan pengabaian kanak-kanak yang menyebabkan kecederaan serius serta dikenakan bon AS$100,000 (kira-kira RM471,000). – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here