Home Buletin Semasa 19,000KG BERAS SELUDUP BERNILAI LEBIH RM426,000 DIRAMPAS

19,000KG BERAS SELUDUP BERNILAI LEBIH RM426,000 DIRAMPAS

279
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

TANAH MERAH: Kira-kira 19,000kilogram (kg) beras putih dipercayai diseludup dari Thailand bernilai RM426,000 dirampas dalam kejadian di Jalan Kampung Air Gatal, di sini, pada Jumaat.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid dalam kenyataan memaklumkan kegiatan penyeludupan itu tumpas menerusi Op Taring Wawasan apabila Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) melihat beberapa lelaki sedang memunggah guni-guni putih masuk ke belakang treler kira-kira jam 4.00 pagi.

“Semua suspek melarikan diri ke kawasan semak setelah menyedari kehadiran pihak polis.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 19,000kg beras putih dari Thailand di temui belakang treler dan disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan,”katanya dalam kenayataan semalam.

Beliau berkata beras berkenaan dipercayai untuk dijual ke pasaran tempatan.

“Anggaran rampasan keseluruhan bernilai RM426,000 termasuk treler dan diserahkan ke agensi Kawal Selia Padi dan Beras Negara (KSPBN) Kelantan untuk tindakan selanjutnya.

“Kes disiasat di bawah seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras 1994,”katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here