Home Sukan DIAZ SEDIA ANGKAT KAKI KE BARCELONA

DIAZ SEDIA ANGKAT KAKI KE BARCELONA

404
0

LIVERPOOL: Luis Diaz dilaporkan berminat menyertai Barcelona dan kelab gergasi Sepanyol itu juga sedia mencapai persetujuan dengan Liverpool yang mahu melepaskan pemain berkenaan.

Menurut media Sepanyol, pemain Colombia itu sudah membuat keputusan dan berpendapat sekarang adalah masa terbaik untuk menamatkan karier di Anfield selepas tiga setengah musim.

Memetik laporan AGENSI menerusi Berita Harian Liverpool belum menawarkan lanjutan kontrak kepada Diaz, yang bakal tamat pada tahun 2027, dan dia mungkin akan tercicir daripada skuad dengan kehadiran Florian Wirtz dari Bayer Leverkusen dan beberapa pemain lagi.

Juara Liga Perdana Inggeris itu dikatakan sudah memaklumkan kepada Diaz, 28, yang dia boleh berpindah untuk 51 juta pound (RM293.88 juta) tetapi Barcelona tidak sanggup membayar setinggi itu.

Akhbar SPORT melaporkan, Barca yakin mampu menandatangani pemain itu beberapa minggu lagi, walaupun awal bulan ini Liverpool menolak tawaran mereka.

Pengendali Barca, Hansi Flick dan pengarah sukan, Deco memberi lampu hijau untuk perpindahan yang diberi nama ‘Operasi Luis Diaz’.

Diaz membantu Liverpool merangkul gelaran Liga Perdana Inggeris kedua mereka dengan meledak 17 gol dan membantu lapan lagi dalam semua pertandingan.

Barcelona menjadi destinasi pilihan buat pemain-pemain dari benua Amerika Selatan selepas mencipta nama bersama kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Luis Suarez, Philippe Coutinho, dan Javier Mascherano mencipta kejayaan tersendiri di Barcelona selepas meninggalkan Liverpool sepanjang 15 tahun lalu.

Diaz antara aset utama Arne Slot kerana kemampuannya beraksi di bahagian sayap atau hadapan.

Baru-baru ini Diaz berkata: “Saya sangat gembira di Liverpool. Mereka melayan saya dengan baik sejak hari pertama.

“Kami ada berbincang dengan kelab-kelab lain. Ia perkara normal dalam jendela perpindahan.

“Jika Liverpool memperbaharui kontrak saya, atau jika saya perlu menghabiskan baki dua tahun saya, saya tetap gembira. Ia terpulang kepada mereka.” – AGENSI, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here