Home Buletin Semasa KEPERIBADIAN ARWAH TERSERLAH SELEPAS AJAL: KISAH NURLY SAHIRAH, PELAJAR UPSI HAFIZAH

KEPERIBADIAN ARWAH TERSERLAH SELEPAS AJAL: KISAH NURLY SAHIRAH, PELAJAR UPSI HAFIZAH

815
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Sudah masuk hari keempat, negara kehilangan 15 bakal pendidik, namun berita itu masih hangat diperkatakan.

Di media sosial, terdapat banyak perkongsian tentang 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam kemalangan di Gerik, Perak, pada awal pagi Isnin lalu.

Salah seorang korban tragedi, pelajar jurusan Pendidikan Khas, Nurly Sahirah Azman, 23, antara yang mencuri perhatian di media sosial, kerana dikatakan arwah meninggal dunia dalam keadaan memeluk al Quran.

Perkongsian daripada abang arwah Nurly di media sosial, mengukuhkan lagi dakwaan itu apabila turut memuat naik antara koleksi tahriri milik arwah.

Abang arwah, Najmuddin berkongsi tentang amalan arwah adiknya yang gemar menghafal al Quran setiap hari.

Dalam perkongsian itu juga, Najmuddin berkata arwah adiknya menulis menggunakan tulisan tangan sebuah al Quran bagi mengukuhkan lagi hafalannya.

Difahamkan, arwah Nurly adalah bekas pelajar Sekolah Imtiaz Besut dan sudah menghafal 30 juzuk al Quran.

Turut bercerita mengenai arwah adalah pemandu van jenazah arwah Nurly yang dikongsikan Najmuddin.

Menurut Najmuddin, semasa perjalanan ke Perak untuk membawa pulang jenazah, pemandu tersebut sudah berniat untuk membawa jenazah Nurly, dan ditakdirkan Allah, beliau dapat membawa jenazah itu.

Dikatakan jenazah arwah Nurly berbau wangi dan harum.

“Saya tertinggal barang di dalam van, apabila saya buka pintu, saya dapat rasakan suatu bau yang saya tidak pernah bau sebelum ini.

“Aroma bau yang sangat halus sampai tidak boleh diceritakan dan digambarkan apa bau itu, sangat halus dan wangi,”kata pemandu tersebut dalam perkongsian itu.

Mungkin semasa hayat arwah, beliau tidak dikenali, namun keperibadian arwah terserlah selepas meninggal dunia dan sudah tentu dicemburui ramai orang.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here