Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
Mungkin ramai dalam kalangan kita suka berkongsi termasuk barang peribadi. Sebenarnya sudah menjadi kebiasaan antara ahli keluarga mahupun teman-teman untuk berkongsi barang peribadi mereka.
Namun, tahukah anda barang-barang peribadi termasuk tuala mandi, pisau cukur, berus gigi, alat solek mata, pakaian dalam dan kepit kuku tidak boleh dikongsi.
Jangan cuba biasakan berkongsi barangan peribadi kita walau kepada ahli keluarga kita.
Public Health Malaysia (PHM) menerusi hantaran di media sosial membuat perkongsian tentang antara alatan peribadi yang tidak boleh dikongsi.
- Tuala mandi – boleh sebarkan kurap , sakit mata, scabies
- Pisau cukur- ada risiko hepatitis & jangkitan kulit
- Berus gigi – akibatkan bakteria mulut & virus boleh berpindah
- Alat solek mata – mudah cetuskan ketumbit & konjunktivitis
- Pakaian dalam – boleh sebar kulat & kuman
- Kepit kuku – kulat dan kuman dari satu jari boleh pindah ke semua
Bukan itu sahaja malah banyak lagi barang peribadi lain yang tidak boleh dikongsi termasuk deodorant, sikat, kasut dan barang-barang peribadi lain.
Kuman tak kenal kasih kerana perkongsian itu boleh menyebabkankulat kulit, jangkitan mata dan kuman di mulut.
Kuman tak pilih siapa dan tak kenal siapa kita dalam keluarga.
Sayangi keluarga bukan dengan berkongsi semuanya, tapi dengan melindungi mereka dari apa yang kita tak nampak.
Barang peribadi untuk seorang, bukan sekeluarga. Elakkan berkongsi peribadi bagi memastikan kesejahteraan dan kesihatan terjamin.
IMedikel TV






