Home Buletin Semasa PGA RAMPAS 10,000 ROKOK SELUDUP CECAH RM18,700

PGA RAMPAS 10,000 ROKOK SELUDUP CECAH RM18,700

332
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

TANAH MERAH: Pasukan Gerakan Am (PGA) menerusi Batalion 9 bersama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah menumpaskan kegiatan penyeludupan rokok dalam satu serbuan di sebuah rumah kosong di Kampung Pelain, Batu Gajah di sini, pada Selasa.

Serbuan kira-kira jam 3 petang itu dilakukan hasil maklumat risikan menerusi Op Taring Wawasan Kelantan yang dilaksanakan di kawasan sempadan negeri.

Menurut Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, hasil pemeriksaan ke atas rumah tersebut menemui sebanyak 10,000 batang rokok putih yang dipercayai diseludup masuk untuk pasaran tempatan.

“Jumlah anggaran nilai rampasan keseluruhan mencecah RM18,700 dan kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, semua barang rampasan diserahkan kepada JSJ IPD Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

Beliau menegaskan PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan rokok dari terus berleluasa di sempadan negara.

IMedikel TV


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here