Home Buletin Semasa AMARAN RIBUT PETIR DI TERENGGANU DAN JOHOR

AMARAN RIBUT PETIR DI TERENGGANU DAN JOHOR

522
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan beberapa kawasan di negeri Terengganu dan Johor yang dijangka berlarutan sehingga jam 3:00 petang hari ini.

Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan hari ini, METMalayia memaklumkan kawasan yang terlibat di Terengganu ialah Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang, manakala di Johor membabitkan Batu Pahat, Kluang, Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,”menurut kenyataan itu.

Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada, mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan cuaca semasa melalui saluran rasmi METMalaysia.

Untuk maklumat terkini, layari laman sesawang www.met.gov.my atau ikuti media sosial rasmi METMalaysia.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here