LOS ANGELES: Kemalangan trak menyebabkan 250,000,000 lebah terlepas dan mencetuskan amaran di barat Amerika Syarikat, dengan pihak polis menasihati orang ramai supaya mengelakkan kawasan serangga penyengat itu.
Memetik laporan AFP menerusi Harian Metro kemalangan itu berlaku di Whatcom County, salah sebuah daerah di Washington di bahagian barat laut negara tersebut, apabila sebuah treler separa yang membawa muatan sarang lebah terbalik.
“250 juta lebah kini bebas.
“Elakkan kawasan itu!,” Kata Pejabat Sheriff Whatcom County di halaman media sosialnya.
Jalan raya di wilayah itu, yang bersempadan dengan Kanada dan hanya 30 batu dari Vancouver, telah ditutup bagi tujuan kerja pembersihan pakar lebah.
Walaupun sesetengah penternak lebah hanya bertujuan untuk menghasilkan madu, namun ramai yang lain menyewakan sarang mereka kepada petani yang memerlukan serangga tersebut untuk mendebungakan tanaman mereka. – AFP, HMetro Online –
IMedikel TV






