Home Luar Negara BINTANG ROCK THAILAND DIPENJARA TIGA TAHUN

BINTANG ROCK THAILAND DIPENJARA TIGA TAHUN

381
0

BANGKOK: Bintang rock Thailand, Seksan Sukpimai atau lebih dikenali sebagai Sek Loso dijatuhi hukuman penjara lebih tiga tahun oleh Mahkamah Agung negara itu, atas kesalahan memiliki senjata api secara haram, penggunaan dadah dan menghalang tugas penjawat awam.

Memetik laporan AFP menerusi Harian Metro, penyanyi utama kumpulan rock popular LOSO berusia 50 tahun itu sebelum ini sering menjadi perhatian media hiburan kerana kehidupan peribadinya yang penuh kontroversi.

Sek Loso ditahan selepas melepaskan tembakan ke udara sejurus selesai mengadakan konsert di wilayah selatan, Nakhon Si Thammarat, pada 2017.

Dia ditahan di kediamannya di Nakhon Si Thammarat pada 31 Disember 2017, susulan waran tangkap yang dikeluarkan selepas dia melepaskan tembakan ke udara tanpa sebab munasabah itu.

Ketika ditahan, dia dilaporkan bertindak agresif terhadap pegawai polis dan mengugut mahu menggunakan senjata, menyebabkan pasukan khas polis terpaksa dikerah bagi mengawalnya.

Mahkamah dimaklumkan bahawa penyanyi itu memiliki sepucuk pistol automatik bersama peluru berdaftar, namun tidak mempunyai lesen senjata api. Dia turut mengaku mengambil dadah terlarang.

Ini bukan kesalahan pertamanya – Sek Loso pernah disabitkan dalam kes lain sebelum ini, namun hanya dikenakan hukuman penjara yang ditangguhkan.

Dalam keputusan terbaharu, Mahkamah Agung memerintahkan beliau menjalani hukuman penjara selama dua tahun, 12 bulan dan 20 hari.  -AFP, HMetro Online-

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here