Home Buletin Semasa KKM TAWAR SUNTIKAN VAKSIN INFLUENZA PERCUMA PADA WARGA EMAS

KKM TAWAR SUNTIKAN VAKSIN INFLUENZA PERCUMA PADA WARGA EMAS

564
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan suntikan vaksin influenza secara percuma kepada warga emas yang mempunyai sekurang-kurangnya satu penyakit komorbid menerusi pelaksanaan Program Imunisasi Influenza Warga Emas.

KKM dalam satu kenyataan berkata, program itu bermula pada 18 Februari hingga Ogos tahun ini.

“Orang ramai disarankan agar membuat janji temu dahulu sebelum menerima vaksin influenza di 649 Klinik Kesihatan (KK) kerajaan yang terpilih seluruh negara.

“Janji temu boleh dibuat melalui aplikasi MySejahtera atau berhubung dengan pihak Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan atau melayari portal rasmi dan media sosial KKM.

“Sekiranya tidak mempunyai akses kepada aplikasi atau laman web tersebut, mereka boleh hadir secara fizikal ke KK yang tersenarai untuk pendaftaran dan mendapatkan suntikan bergantung pada slot yang ada,” katanya.

Jelas KKM, setakat ini pihaknya merekodkan sebanyak 65.16 peratus warga emas yang sudah menerima suntikan itu.

Malah bagi temu janji yang sudah ditempah adalah sebanyak 56,237 slot.

KKM menggesa warga emas mengalami masalah kesihatan seperti diabetes, penyakit jantung, pernafasan kronik atau tekanan darah tinggi agar mendapatkan suntikan vaksin influenza ini.

“Langkah ini penting bagi mencegah komplikasi serius dan mengurangkan kadar kemasukan ke hospital akibat jangkitan influenza dalam kalangan kumpulan berisiko tinggi,” jelas kenyataan itu.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here