Home Buletin Semasa POLIS SUDAH KENAL PASTI SUSPEK SIMBAH ASID PENGUSAHA SPA

POLIS SUDAH KENAL PASTI SUSPEK SIMBAH ASID PENGUSAHA SPA

294
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

BACHOK: Polis sudah mengenal pasti suspek disyaki terlibat dalam kes simbahan asid ke atas seorang pengusaha spa di Beris Kubur Besar, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata bagaimanapun pihaknya tidak dapat berkongsi sebarang butiran mengenai suspek memandangkan siasatan masih dijalankan.

“Kita sudah kenal pasti suspek.

“Dan kita juga dapat mengesan petunjuk baharu berhubung kes terbabit,” katanya.

Menurutnya, polis sudah mengambil keterengan daripada saksi dan ahli keluarga mangsa.

Media sebelum ini melaporkan, pengusaha spa yang disimbah asid oleh suspek yang merupakan individu berpurdah telah selesai menjalani pembedahan kali kedua di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Kubang Kerian, semalam.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here