Home Buletin Semasa BEKALAN GULA DIKELANTAN TERJEJAS?

BEKALAN GULA DIKELANTAN TERJEJAS?

128
0

KOTA BHARU: Permintaan tinggi terhadap bahan makanan seperti gula adalah sangat diperlukan di musim perayaan Aidilfitri khususnya dalam kalangan pengguna tempatan di Kelantan.

Peniaga kedai runcit, Abdul Aziz, 30 berkata ramai yang datang ke kedainya untuk mencari bekalan gula untuk kegunaan majlis perkahwinan, rumah terbuka dan sebagainya.

Namun, menurut Abdul Aziz ramai yang datang tetapi hanya pulang dengan tangan kosong kerana bekalan gula sudah habis di kedainya sejak 2 syawal baru-baru ini

“Ramai ore mari tanyo, sebab kadang-kadang ore nok wak bekwoh pun ado, pahtu ore wak rumoh terbuko rayo kei, nok sangat ko gulo, nga keda-kedai makey pun terjejas sapa demo tok nego pun ado” – Abdul Aziz, Pengusaha Kedai Runcit

Menurutnya, dia sudah berusaha ke kedai pemborong serta pasaraya sekitar Kota Bharu untuk mencari bekalan gula tetapi semua stok gula tiada.

Seorang lagi peniaga kedai runcit yang mahu dikenali sebagai sabariah 65, berkata dia sudah tidak menjual gula sejak  4 syawal sehingga ke hari ini kerana ketiadaan bekalan gula di kedai pemborong.

“Kekat rayo sayo tutup kedai empat hari, pahtu dalam bekas sayo ada la daley 2 ko 3, 4 kilo sayo bukok kedai lepas 4 hari tuh ore pun mari beli gulo, habih doh sayo. Sayo pun nok gi beli kat pemborong, pemborong oyak takdok gulo sapa hari ni takdok gulo, sayo tok jual gulo sapa ko hari nih” – Sabariah, Pengusaha Kedai Runcit

Sabariah berkata sebelum syawal bekalan gula tidak terputus dan dapat mengambil stok gula seperti biasa,

Menurut sabariah, dia cuba untuk mencari bekalan di pasaraya namun bekalan gula di pasaraya juga kehabisan stok.

Sementara itu, team Imedikel TV sempat menemu bual orang awam yang datang ke kedai runcit berkenaan.

Mesra disapa Faizal, 42, berkata dia sudah ke beberapa buah kedai runcit untuk mencari gula untuk kegunaan rumah namun menghampakan kerana bekalan gula tetap tiada.

“Mari ni nok cari gulo, payoh kedai, banyok kedai doh gi takdok gulo, ni pun takdok jugok. pasarayo tu, so duo pasaraya gi doh tapi meme takdok” – Faizal, Orang Awam

Faizal berharap, isu ini dapatlah diselesaikan dengan segera, kerana gula merupakan bahan mentah yang penting bagi semua orang.

Dalam pada itu, seorang peniaga makanan, Siti Mariam, 62, berkata perniagaannya sedikit terjejas akibat ketiadaan bekalan gula.

Katanya dalam sehari dia hanya memerlukan 2 hingga 3 kilo gula untuk digunakan dalam perniagaanya.

“Loni gak jual air tok berapo laku mano lah, mugo takdok gulo, kito wak air tawar sikit demo oyak tawar air ni kato. – Siti Mariam Musa, Peniaga Makanan

“Biaso ahh biaso beli tok banyok beli so duo gitu jela mokcik” – Siti Mariam Musa, Peniaga Makanan

Siti Mariam berharap agar pihak berwajib segera selesaikan isu kehabisan bekalan gula kerana ia menyukarkan diri dia dan peniaga makanan yang lain untuk berniaga.

Baru-baru ini isu bekalan gula terputus juga menjadi tular dan bualan ramai di media sosial Facebook.

Sementara itu, ramai penduduk negeri Che Siti Wan Kembang ini membuat hantaran di media sosial tentang kehabisan bekalan gula.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here