Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
TANAH MERAH: Sebuah rumah separuh kekal di Kampung Cita Jaya, Batu 6, di sini musnah hampir 80 peratus dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku sekitar tengah hari tadi.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) I, Yusmi Yusoff dalam kenyataan hari ini, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.04 petang, sebelum menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanah Merah serta BBP Kemahang ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 13 kilometer dari balai.
Zariman melaporkan bahawa kebakaran melibatkan sebuah rumah separuh kekal bersaiz 40 x 40 kaki persegi, dan tidak melibatkan sebarang mangsa.
“Pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran dan menjalankan operasi pemadaman menggunakan dua pancutan air dari tangki jentera.
“Operasi pemadaman melibatkan kekuatan 13 anggota termasuk pegawai kanan dan anggota pelbagai pangkat,”katanya.
IMedikel TV






