Home Buletin Semasa MANGSA SIMBAH ASID PERLU JALANI PEMBEDAHAN KEDUA

MANGSA SIMBAH ASID PERLU JALANI PEMBEDAHAN KEDUA

331
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

BACHOK: Pengusaha spa yang disimbah cecair dipercayai asid individu berpurdah baru-baru ini perlu menjalani pembedahan kali kedua di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Kubang Kerian, hari ini.

Menurut suami pengusaha spa tersebut, Muhammad Syahrul Ikhwan Seri Buana, 33, berkata, isterinya perlu menjalani pembedahan kedua bagi memastikan sama ada sisa-sisa asid masih ada atau tidak.

“Sebelum ini, isteri saya Nor Faziera Muda, 27, sudah jalani pembedahan dan doktor sudah buang semua cecair asid yang ada pada badannya, pembedahan kedua pada hari ini pula adalah untuk doktor pastikan semua sisa-sisa asid masih berbaki atau tidak.

“Saya difahamkan proses ini akan berterusan sampai cecair asid itu tiada dalam badannya,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Muhammad Ikhwan berkata, dia pernah ditanya salah seorang daripada tiga anak perempuannya sama ada ibunya sedang bergaduh, namun dia menjelaskan bahawa ibunya sedang sakit.

Media sebelum ini melaporkan Faziera mengalami kesan lecur lebih 50 peratus membabitkan kawasan belakang badan, lengan dan tangan.

Terdahulu, Faziera menerima tempahan mengurut dengan permintaan yang aneh daripada pelanggan sebelum disimbah asid.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here