Home Politik PEMILIHAN PKR: SAIFUDDIN PERJELAS PUNCA TAK TANDING

PEMILIHAN PKR: SAIFUDDIN PERJELAS PUNCA TAK TANDING

273
0

PUTRAJAYA: Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata keputusannya untuk tidak bertanding dalam pemilihan PKR kali ini adalah bagi menjaga kestabilan dan perpaduan parti berkenaan.

Memetik laporan Berita Harian, beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata tumpuannya kini adalah bagi memastikan PKR kekal kukuh sebagai parti yang menjadi tunjang Kerajaan MADANI.

“Saya ini orang lama yang agak sentimental dan nostalgik.

Sebagai pendiri parti, saya mahu melihat parti ini kuat.

“Pemilihan kali ini berbeza kerana kita kini berada dalam kerajaan Pusat, bukan sekadar kerajaan negeri seperti sebelum ini di Selangor dan Negeri Sembilan,” katanya selepas Perhimpunan Bulanan kementeriannya di sini, hari ini.

Saifuddin sebelum ini disebut-sebut akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR yang kini disandang oleh Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli.

Pada pemilihan jawatan nombor dua itu kali ini menyaksikan Rafizi berdepan saingan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Pemilihan PKR akan diadakan di Johor Bahru pada 22 hingga 24 Mei ini.

Mengulas lanjut, Saifuddin yang juga Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH) berkata keutamannya juga ketika ini adalah untuk memastikan pemilihan parti tidak mengundang perpecahan, sebaliknya menjadi ruang memperkukuh solidariti dalaman.

Katanya, pendiriannya adalah pemilihan dalam parti bukan ‘kita lawan mereka’, tetapi ‘kita bersama’.

Menurutnya, sekiranya ada mentaliti bertanding untuk mengalahkan pihak lawan dalam parti sendiri, ia hanya menyumbang kepada perpecahan.

“Jadi saya ikhtiarkan untuk buat libat urus secara berterusan dengan pimpinan utama seperti Rafizi, Nurul Izzah dan yang lain.

“Saya tidak boleh kawal keputusan orang lain, tapi saya boleh kawal keputusan saya. Maka, keputusan terbaik bagi saya ialah tidak bertanding,” katanya.

Saifuddin berkata ketika ini beliau masih memainkan peranan penting sebagai ahli Biro Politik PKR. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here