Home Segmen Kesihatan BAHAYA STRES EMOSI PADA ANAK KECIL, INI 5 PUNCA UTAMA

BAHAYA STRES EMOSI PADA ANAK KECIL, INI 5 PUNCA UTAMA

158
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Ramai ibu bapa tidak menyedari bahawa kanak-kanak seawal usia bawah 7 tahun juga boleh mengalami tekanan emosi yang serius

Menurut kenyataan dari Public Health Malaysia (PHM) di media sosial, stres negatif dalam kalangan kanak-kanak boleh berpunca daripada pelbagai faktor termasuk:

  • Suasana rumah yang tegang atau sering berlaku pertengkaran
  • Tekanan akademik yang berlebihan pada usia terlalu muda
  • Kurangnya pelukan, kasih saying dan perhatian
  • Perubahan besar dalam hidup seperti kelahiran adik, pindah rumah atau penceraian
  • Rasa tidak selamat atau selalu dimarahi

Menurut PHM stres yang berpanjangan dan tanpa sokongan emosi boleh mengganggu tumbesaran otak, perkembangan emosi dan keyakinan diri anak.

Kanak-kanak sering tidak tahu cara meluahkan perasaan, namun tubuh mereka mungkin menunjukkan tanda-tanda seperti tantrum, senyap berlebihan atau perubahan tingkah laku.

Kita sebagai ibu bapa perlu membaca bahasa badan (body language) anak-anak yang pada ketika itu sedang menghadapi tekanan emosi iaitu:

  • Kerap sakit perut atau muntah tanpa sebab
  • Bangun malam kerana bermimpi buruk
  • Mengadu sakit kepala tidak sihat
  • Bertutur pelat seperti bayi
  • Menjauhkan diri
  • Tiba-tiba kencing malam semula
  • Sering peluk kuat atau melekat pada ibu bapa

PHM menasihati ibu bapa untuk lebih peka terhadap tanda-tanda awal tekanan emosi dan memberi pelukan, sokongan serta ruang komunikasi yang selamat kepada anak-anak.

IMedikel TV




LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here