Home Segmen Kesihatan PAKAIAN TERPAKAI BOLEH CETUS PENYAKIT KULIT

PAKAIAN TERPAKAI BOLEH CETUS PENYAKIT KULIT

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Pakaian terpakai atau bundle semakin menjadi pilihan ramai kerana harganya yang murah dan gaya vintaj yang unik.

Namun, di sebalik popularitinya, pakaian terpakai juga boleh menjadi punca kepada pelbagai penyakit kulit jika tidak dibersihkan dengan betul.

Pakaian terpakai yang tidak dicuci dengan betul boleh menyimpan kuman, bakteria, kulat, mahupun telur kutu.

Ini boleh mengakibatkan masalah seperti kegatalan pada kulit, ruam, kudis buta (scabies), dan jangkitan kulat.

Walaupun pakaian terpakai adalah pilihan ekonomi dan mesra alam, pengguna perlu lebih peka terhadap aspek kesihatan agar tidak terdedah kepada jangkitan yang boleh dielakkan.

Jika aspek kebersihan tidak dititikberatkan, pakaian terpakai boleh menjadi punca pelbagai penyakit kulit kerana pakaian tersebut berkemungkinan:

1.Tercemar dengan bakteria atau kulat

Pakaian terpakai mungkin disimpan lama di tempat lembap atau tidak bersih, lalu menyebabkan pertumbuhan kulat atau bakteria. Bila disentuh kulit, ia boleh sebabkan ruam, jangkitan kulat (seperti kurap atau panau), dan dermatitis.

2.Mengandungi sisa peluh, minyak badan, atau kulit mati dari pemilik asal

Sisa ini boleh merengsakan kulit atau mencetuskan alergi bagi mereka yang berkulit sensitif.

3.Menjadi tempat pembiakan parasit

Seperti kutu, hama, atau telur kudis buta (scabies) yang boleh melekat pada fabrik. Apabila pakaian dipakai tanpa dibasuh, parasit ini boleh berpindah ke tubuh dan menyebabkan gatal yang teruk, luka, atau jangkitan sekunder.

4.Tercemar dengan bahan kimia

Ada pakaian terpakai yang telah dirawat dengan bahan pengawet atau pewarna tertentu yang tidak sesuai dengan kulit sesetengah individu.

Jadi bagaimana untuk mengelakkan risiko terbabit?

Jawapannya ada di bawah:

1.Basuh pakaian terpakai dengan air panas dan sabun antibakteria.

2.Jemur di bawah cahaya matahari untuk membunuh kuman dan parasit.

3.Elakkan terus memakai tanpa dicuci, walaupun pakaian nampak bersih

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here