Home Sukan BARCA ‘AKAN KEMBALI’ SELEPAS EPISOD DUKA – FLICK

BARCA ‘AKAN KEMBALI’ SELEPAS EPISOD DUKA – FLICK

MILAN, Itali: Hansi Flick berkata pasukan kendaliannya Barcelona akan bangkit daripada kekalahan dramatik pada separuh akhir Liga Juara-Juara di tangan Inter Milan, perlawanan yang berakhir 7-6 secara agregat buat kelab Itali itu selepas dua pertembungan epik.

Memetik laporan AFP menerusi Berita Harian, Barca memburu quadruple dalam musim sulung Flick sebagai jurulatih tetapi terpaksa mencuba nasib sekali lagi dalam pertandingan utama kelab Eropah itu musim depan selepas kekalahan yang sukar ditelan.

“Saya bangga dengan pasukan saya, saya bangga dengan pasukan anda, kami memberikan segala-galanya dan kadang-kadang ia berakhir sebegitu,” kata Flick kepada wartawan.

“Kami perlu menerimanya dan kami akan bermula sekali lagi musim depan. Untuk memenangi Liga Juara-Juara, ini salah satu daripada sasaran kami… Kami akan kembali musim depan.”

Barca kini perlu bangkit untuk berdepan Real Madrid, Ahad ini bila mana mereka berusaha untuk melebarkan kelebihan empat mata ke atas musuh utama mereka di puncak La Liga.

Flick sudah memenangi Piala Super Sepanyol dan Copa del Rey dan masih menjadi pilihan utama untuk melengkapkan treble domestik.

“Sudah tentu, La Liga, ia juga satu perlawanan sukar Ahad ini tetapi kami juga akan memberikan segala-galanya,” jelas Flick.

“Apabila mereka (pemain) melihat di cermin setibanya mereka di rumah pada pukul 3 atau 4 pagi, atau pada sebelah pagi, saya fikir mereka boleh berbangga.” – AFP, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here