Home Buletin Semasa KILANG PADI DARULNAIM SASAR PERKASA INDUSTRI PADI KELANTAN

KILANG PADI DARULNAIM SASAR PERKASA INDUSTRI PADI KELANTAN

562
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PASIR MAS: Kilang Padi dan Beras Darulnaim Sdn. Bhd. di Meranti, di sini, dijangka menjadi antara pemangkin utama dalam memperkukuhkan industri padi dan beras di Kelantan, seiring hasrat kerajaan negeri untuk memperkasa industri itu di negeri ini.

Exco Pertanian, Industri Agro Makanan dan Komoditi Negeri Kelantan, Datuk Tuan Mohd Saripuddin Tuan Ismail dalam hantaran di media sosial Facebook semalam, berkata kilang berkenaan mampu memproses sehingga 600 metrik tan padi sehari.

“Setakat ini, sebanyak lapan buah treler padi sudah dihantar ke kilang bagi tujuan percubaan sistem pemprosesan, sebelum operasi penuh dimulakan tidak lama lagi,”katanya.

Katanya kilang itu juga menyediakan kemudahan penyimpanan padi kering berkapasiti melebihi 40,000 metrik tan.

Beliau berharap agar usaha itu menjadi pemangkin kepada kesejahteraan pesawah dan kemakmuran rakyat di negeri ini.

Dalam persidangan Dewan Negeri Kelantan (DUN) baru-baru ini, beliau memaklumkan bahawa operasi penuh kilang berkenaan dijangka bermula pada akhir Ogos tahun ini.

Sebelum itu beliau mengimamkan majlis solat hajat dan seterusnya melawat kilang berkenaan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here