Home Buletin Semasa 10,000 LANGKAH TARIK MINAT MASYARAKAT JAGA KESIHATAN

10,000 LANGKAH TARIK MINAT MASYARAKAT JAGA KESIHATAN

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Dalam kesibukan rutin harian, berjalan kaki dilihat sebagai perkara remeh bagi sesetengah orang, namun aktiviti itu sebenarnya mampu membuka ruang kepada gaya hidup lebih sihat dan ceria.

Pegawai Pergigian Klinik Pergigian Kuala Krai, Dr Sofiah Mat Junoh, begitu teruja apabila menyertai program yang bukan sahaja menceriakan, malah memberi peluang untuk bertemu rakan sekerja di seluruh negeri.

“Sebelum ini saya hanya bekerja di dalam klinik sahaja, tetapi dengan adanya program ini, saya mempunyai peluang untuk bersenam dan bertemu rakan sekerja yang dan berjalan bersama-sama.

“Program ini juga boleh mendorong penglibatan pelbagai peringkat umur termasuk Orang Kurang Upaya (OKU) sebab ia hanya berjalan kaki sahaja bukan larian,” katanya ketika ditemui selepas menyertai program Senam Sihat dan 10,000 Langkah di Mydin Mall Tunjong, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Sofiah berkata berjalan kaki selama 10 hingga 15 minit setiap hari mampu membakar lebih banyak kalori dan meningkatkan produktiviti.

Tambahnya, terdapat juga Program MADANI Afiat yang diadakan dengan penglibatan beberapa reruai berkaitan perkhidmatan kesihatan yang disediakan kepada masyarakat.

“Saya rasa program ini sangat bagus untuk pendekatan bersama masyarakat kerana masih ramai orang awam yang tidak tahu dengan rawatan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Pada masa sama, ia mampu beri kesedaran pada masyarakat dengan kesihatan yang perlu dijaga,” katanya.

Katanya, dia juga mewakili Unit Pakar Pergigian Restoratif bertugas di reruai unit tersebut pada program berkenaan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here