Home Buletin Semasa BAINUN BERSALAH DUA PERTUDUHAN ABAI, ANIAYA BELLA

BAINUN BERSALAH DUA PERTUDUHAN ABAI, ANIAYA BELLA

147
0

KUALA LUMPUR: Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali didapati bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja sindrom down dikenali Bella.

Hakim mahkamah seksyen, Izralizam Sanusi, memutuskan perkara itu selepas pembelaan Siti Bainun bukan saja tidak boleh dipercayai dan diterima mahkamah, malah gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Susulan itu, hakim memberi peluang kepada peguam bela Siti Bainun, Mohammad Farhan Maaruf, untuk merayu sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh.

Siti Bainun yang memakai baju kuning dan berseluar hitam ditemani seorang wanita, memasuki lobi mahkamah jam 8.20 pagi.

Foto: NSTP

Pengasas rumah bonda itu kelihatan tenang ketika dirakam foto dan video oleh lebih 10 pengamal media yang berkumpul sejak jam 8 pagi.

Pada 9 Mac lalu, pihak pembelaan menutup kes selepas mengemukakan lapan saksi dengan Siti Bainun sebagai saksi pembelaan pertama memberi keterangan pada prosiding bermula 26 januari lalu.

Saksi lain memberi keterangan ialah Pensyarah Kanan Bidang Psikologi Perkembangan Kanak-Kanak Dan Remaja Berkeperluan Khas Universiti Kebangsaan Malaysia (Ukm), Dr Abdul Rahman Ahmad Badayai serta Pegawai Penemubual Pusat Temuduga Kanak-Kanak (Cic), Sarjan Siti Nur Balqes Abdul Rahim Dan Nor Aidil Farhab Johaizad.

Foto: NSTP

Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom down berusia 13 tahun dikenali Bella hingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di wangsa maju antara februari dan jun 2021.

Pertuduhan mengikut seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM 50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sumber Bh Online

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here