Home Segmen Kesihatan “KENAPA ANAK SAYA LAMBAT MEMBACA?” JAWAPANNYA MUNGKIN DISLEKSIA

“KENAPA ANAK SAYA LAMBAT MEMBACA?” JAWAPANNYA MUNGKIN DISLEKSIA

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Ramai ibu bapa mula risau apabila anak lambat membaca atau mengeja berbanding rakan sebaya. Tetapi tahukah anda, itu mungkin bukan tanda malas atau tidak fokus — sebaliknya, ia mungkin petanda awal disleksia.

Untuk artikel kali ini, penulis berkongsi berkenaan disleksia. Menurut hantaran media sosial Facebook Public Health Malaysia, disleksia ialah gangguan pembelajaran yang menjejaskan keupayaan membaca, menulis dan mengeja, walaupun kanak-kanak itu mempunyai tahap kecerdasan yang normal atau tinggi.

Berikut antara tanda-tanda disleksia yang sering terlepas pandang:

1. Sukar membaca atau mengeja, walaupun sudah diajar berulang kali.

2. Keliru huruf yang hampir sama rupa, seperti ‘b’ dan ‘d’, atau ‘p’ dan ‘q’.

3. Huruf tertinggal atau terbalik dalam tulisan.

4. Lambat mengenal suku kata atau bunyi huruf berbanding rakan seusia.

5. Sukar fokus ketika membaca, tapi sangat bijak apabila berbual atau melakukan aktiviti visual.

6. Cepat lupa arahan bertulis, tetapi boleh ingat dengan baik apabila diberitahu secara lisan.

7. Mengelak tugasan membaca/menulis kerana takut salah atau diejek.

Yang paling penting, disleksia bukan masalah kecerdasan. Anak-anak ini sebenarnya sangat pintar, cuma mereka memerlukan pendekatan pembelajaran yang berbeza.

Lagi awal disleksia dikenalpasti, lagi besar peluang untuk anak membina keyakinan dan berjaya dalam akademik serta kehidupan.

Jika anda perasan tanda-tanda ini pada anak anda, jangan tunggu. Dapatkan pandangan guru atau rujuk kepada pakar pendidikan atau pegawai perubatan untuk penilaian lanjut.

Ingat, memahami anak adalah langkah pertama untuk membantunya berkembang.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here