Home Buletin Semasa IMPHB PERKUKUH JALINAN KERJASAMA BERSAMA KERAJAAN NEGERI DALAM SEKTOR KEUSAHAWANAN

IMPHB PERKUKUH JALINAN KERJASAMA BERSAMA KERAJAAN NEGERI DALAM SEKTOR KEUSAHAWANAN

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: IMedikel Pharma Holding Berhad (IMPHB) meneroka potensi kerjasama dengan kerajaan negeri Kelantan menerusi kunjungan hormat ke pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agro Makanan dan Komoditi negeri, Datuk Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail, malam tadi.

Menurut Pegawai Pengembangan Perniagaan IMPHB, Mohd Firdaus Mohamed Yusoff, perbincangan yang diadakan memberi fokus kepada cadangan kerjasama strategik antara IMPHB dan kerajaan negeri dalam membangunkan sektor berasaskan herba, produk haiwan ternakan serta pengukuhan keusahawanan menerusi penghasilan produk hiliran bernilai tambah.

“Dalam perbincangan itu, kami mencadangkan untuk pengeluaran produk berasaskan herba daripada penduduk kampung kepada industry pengilangan.

“Selain itu produk industri desa yang berpotensi dipasarkan melalui anak syarikat kami iaitu Iqlima.

“Kami juga mencadangkan untuk mengadakan seminar keusahawanan produk hiliran,”katanya.

Sementara itu, Tuan Mohd Saripudin menyambut baik usaha IMPHB dan bersedia memberi sokongan kepada pihak terbabit.

“Pihak kerajaan negeri Kelantan mengalu-alukan kerjasama dengan agensi dan syarikat luar seperti IMPHB sebagai sektor industri pembuatan dan kaji selidik inovasi produk untuk saling melengkapi terutama dalam sektor herba,pertanian dan penternakan.

“Pihak kami juga bersedia untuk memberi sokongan dan peruntukan kepada IMPHB jika ada peluang atau projek yang boleh dimajukan terutama berkaitan pembuatan produk berasaskan herba dan produk dari komuniti desa untuk dikomersilkan dan dikeluarkan oleh kilang,”katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here