Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
Mulut berbau boleh mendatangkan ketidakselesaan pada individu lain untuk berkomunikasi secara sihat.
Ramai yang mengalami masalah ini disebabkan terkumpulnya plak pada gigi mereka sehingga menyebabkan mulut dan nafas berbau.
Plak gigi ini merupakan lapisan bakteria terkumpul yang menjadi punca kepada masalah bau gigi dalam mulut seseorang.
Plak gigi yang terhasil tidak berwarna namun ia boleh mengeras jika tidak dicuci yang akhirnya membentuk kalkulus.
Apa itu kalkulus? Kalkulus adalah lapisan plak yang telah mengeras.
Ia terjadi jika plak dibiarkan dengan begitu lama dan tidak dicuci.
Permukaan kalkulus ialah kasar dan ia berpotensi untuk menghakis gigi seseorang serta tidak boleh untuk dicuci dengan hanya menggosok gigi semata-mata.
Dalam pada itu, pasti ramai yang tertanya-tanya tentang bilakah plak gigi akan terbentuk?
Boleh teruskan baca artikel ini kerana penulis akan memberi penjelasan tentang pembentukan plak gigi.
Ia boleh berlaku sekitar empat hingga 12 jam setelah individu itu menggosok gigi. Sekiranya gigi tidak digosok, ia akan menebal dan menyebabkan kesukaran untuk bersihkan plak itu.
Pengambilan makanan yang kaya dengan karbohidrat serta gula merangsang pertumbuhan plak pada kawasan gigi kerana bakteria dan mikroorganisma memerlukan zat-zat tersebut untuk terus hidup.
Secara dasarnya, plak gigi yang belum membentuk kalkulus masih boleh untuk dibersihkan secara berkala.
Berikut merupakan cara untuk menghilangkan plak gigi:
- Gosok gigi. setiap orang disarankan untuk mengosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Pemilihan jenis berus gigi yang sesuai juga membantu untuk meningkatkan tahap kebersihan gigi.
- Gunakan Dental Floss ataupun benang gigi. pengggunan flos amat membantu untuk mencuci bahagian antara gigi yang amat sempit untuk dicapai oleh berus gigi. Ciri flos yang mudah dibentuk, nipis dan juga tidak mudah putus membolehkan ia senang untuk mencapai kawasan gigi yang rumit dan berlapis.
Kaedah Untuk Mencegah Plak Gigi
- Gosok gigi secara berkala dapat menghindarkan bakteria daripada melekat dan menhasilkan plak gigi. Pastikan ubat gigi yang digunakan mengandungi florida yang membantu untuk menguatkan lapisan luar gigi dan menghindari seseorang daripada kerosakan gigi.
- Kurangkan makanan dan minuman yang manis kerana ia adalah tempat paling ideal untuk pembiakan bakteria.
- Banyakkan pengambilan buah serta sayur-sayuran kerana ia bukan sahaja dapat membantu dalam perkumuhan malah serat ini dapat mencuci gigi seseorang secara tidak langsung.
IMedikel TV






