Home Luar Negara ARAB SAUDI KENAKAN SEKATAN SEMENTARA VISA TERHADAP 14 NEGARA

ARAB SAUDI KENAKAN SEKATAN SEMENTARA VISA TERHADAP 14 NEGARA

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

ISLAMABAD: Arab Saudi mengenakan larangan visa sementara terhadap 14 negara termasuk Pakistan menjelang musim haji.

Menurut sumber yang dilapor The News, larangan itu dikenakan terhadap visa umrah, perniagaan dan visa keluarga dengan sekatan dijangka berakhir pada pertengahan Jun.

Sumber diplomatik memaklumkan bahawa pemegang visa umrah hanya boleh memasuki Arab Saudi sehingga 13 April ini.

Negara lain yang termasuk dalam senarai sekatan adalah India, Bangladesh, Mesir, Indonesia, Iraq, Nigeria, Jordan, Algeria, Sudan, Ethiopia, Tunisia dan Yaman termasuk dalam senarai itu.

Kementerian Luar Arab Saudi memaklumkan penggantungan visa sementara bertujuan untuk membantu mengawal perjalanan semasa musim haji dan memastikan keselamatan terkawal, lapor Dhaka Tribune.

Pihak berkuasa menggesa pemohon visa agar mematuhi peraturan baharu itu sambil memberi amaran, kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan penalti.

Menurut sumber, sesiapa yang kekal di Arab Saudi secara haram mungkin berdepan larangan masuk selama lima tahun pada masa hadapan.

Antara sebab utama sekatan sementara termasuk, kebimbangan terhadap cubaan menunaikan haji tanpa kebenaran dengan mengambil contoh kejadian pada musim haji lalu apabila ada individu yang masuk menggunakan visa pelbagai namun, tinggal secara haram hingga musim haji untuk menunaikan ibadah itu.

Keadaan terbabit mengakibatkan kesesakan dan risiko keselamatan. Faktor lain mendorong sekatan sementara adalah pemegang visa lawatan keluarga atau perniagaan yang bekerja secara haram, melanggar syarat visa dan mendatangkan gangguan kepada pasaran buruh. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here