Home Buletin Semasa EMPAT LELAKI DITAHAN CUBA SELUDUP 2,000 BIJI KELAPA

EMPAT LELAKI DITAHAN CUBA SELUDUP 2,000 BIJI KELAPA

187
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

RANTAU PANJANG: Cubaan menyeludup 2,000 biji kelapa dengan nilai keseluruhan berjumlah RM 165,000 gagal apabila Batalion Pasukan Gerakan Am (PGA) menumpaskan kegiatan penyeludpan itu pada Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.00 malam itu PGA turut menahan empat lelaki dalam dua kenderaan berasingan di Cabang Empat Salam, di sini.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid dalam satu kenyataan, berkata kegiatan penyeludupan itu ditumpaskan dalam Op Taring Wawasan yang dijalankan.

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat anggaran hampir 2000 biji kelapa ditemui di dalam dua buah kenderaan tersebut dan pemandu gagal menunjukkan sebarang dokumen daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) berkaitan urusan jual beli buah kelapa tersebut.

“Empat lelaki berumur 27 hingga 39 tahun ditahan dalam operasi itu. Anggaran nilai rampasan keseluruhan bernilai RM165,000 termasuk kenderaan dan kes disiasat di bawah Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965 (FAMA).

“Suspek dan barang rampasan diserahkan kepada Unt Regulasi Pasaran FAMA Kelantan untuk tindakan selanjutnya,”katanya dalam kenyataan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here