Home Luar Negara PESAWAT PENYELAMAT TURKIYE DITEMBAK DI SUDAN

PESAWAT PENYELAMAT TURKIYE DITEMBAK DI SUDAN

169
0

KHARTOUM: Tentera Sudan mendakwa Pasukan Tindakan Pantas (RSF) menembak sebuah pesawat penyelamat Turkiye, ketika sedang mendarat di luar ibu kota Khartoum.

RSF didakwa menembak pesawat pemindahan Turkiye ketika mendarat di lapangan terbang Wadi Seyidna di luar Khartoum. – Foto REUTERS

Kementerian Pertahanan Turkiye mengesahkan serangan itu dan menjelaskan tiada kecederaan.

Namun, RSF menafikan dakwaan terbabit dan menuduh tentera Sudan menyebarkan fitnah.

Sementara itu, letupan dan kejadian tembak-menembak terus menggegar Khartoum.

Kesan tembakan ke atas pesawat C-130 milik Turkiye. – Foto REUTERS

Satu siri pengeboman dilaporkan turut menghujani kota Bahri yang terletak berhampiran.

Ini meskipun terdapat kesepakatan di antara pasukan tentera Sudan dan kumpulan separa tentera RSF untuk melanjutkan gencatan senjata selama lagi 72 jam.

RSF menuduh pasukan tentera sudah melanggar perjanjian dengan meneruskan serangan udara ke atas pangkalannya di Omdurman. 

Pesawat Turkiye diperiksa selepas mendarat dekat Khartoum. – Foto AFP

Sumber: BH Online

Sumber AGENSI

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here